CARA MELANGGAN PERKHIDMATAN SP

Sila emelkan butiran majlis untuk tempahan, pihak SP akan menghubungi anda untuk persetujuan. Terima kasih. Lihat Pakej Sukahati sebelum mengisi borang langganan dibawah.
emelkan ke : sukahatikulah@gmail.com
Klik sini :

Lokasi Kahwin di Kota Tinggi

Majlis perkahwinan diantara Aini dan Ozlan bertempat di Kota Tinggi, Johor. Menggabungkan majlis nikah, malam berinai, bersanding dan bertandang. Selamat pengantin baru aini dan ozlan....korang mmg sporting, thanx sudi dan memberi kepercayaan kepada SP untuk merakamkan potret kenangan terindah kamu..

Atasi Masalah kepala yang berserabut

13 Cara Mudah Utk Kosongkan Fikiran Yg Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.read more..

Pergolakan di mesir

kisah Pergolakan Di Tanah Arab


Utusan Malaysia - 28/1/2011

Mubarak perlu cepat buat keputusan

TUNJUK perasaan besar-besaran yang bermula di Mesir kelmarin digelar 'Hari Kemarahan' bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahannya yang sudah mencecah 30 tahun. Ia dikatakan didorong oleh kebangkitan rakyat di Tunisia beberapa hari lalu.


Tanpa menghiraukan 20,000 hingga 30,000 anggota polis yang mengawal tengah Kaherah, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak ke Medan Tahrir dekat Parlimen dan bangunan pejabat kerajaan. Mereka melaungkan slogan 'Rakyat mahu rejim yang ada disingkirkan', 'Jatuhkan Mubarak' dan 'Berambus Mubarak.'read more....

Chinese New Year Greeting

Wishing You A Happy and Prosperous Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai 2562!
Gong Xie Fat Cai,may GOOD HEALTH, PEACE, PROSPERITY,HAPPINESS and LONGETIVITY be with you and great SUCCESS in making BETTER & GREATER THINGS HAPPEN! AMIN.




Nahas banjir di Kulaijaya

KULAIJAYA: “Dalam perbualan itu, Aw menyatakan kenderaan dipandunya terhumban ke dalam sungai dan dia gagal keluar dari kenderaan itu.
“Dia sempat memaklumkan lokasi kejadian dan tidak lama kemudian, perbualan dua beranak itu terputus,” kata seorang ahli keluarga mendiang Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi, yang maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya ditolak arus banjir ke dalam Sungai Rahmat di Kampung Sri Rahmat, di sini, malam kelmarin.

Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, wanita terbabit menghubungi ahli keluarga ketika bertarung dengan maut dan bercakap dalam nada cemas ketika memberitahu seorang anaknya bahawa dia terperangkap di dalam Toyota Hilux yang dipandu ketika menyusur banjir. read more...

Sejarah Penubuhan UTM


Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904. Uniknya, UTM bermula dari sebuah sekolah teknik yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur. Nama sekolah ini diambil sempena nama Sir William Treacher, Residen General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah ini untuk melahir tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal bagi pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Sekolah ini menyediakan latihan teknikal kepada Pembantu Teknik Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keretapi.READ MORE...