CARA MELANGGAN PERKHIDMATAN SP

Sila emelkan butiran majlis untuk tempahan, pihak SP akan menghubungi anda untuk persetujuan. Terima kasih. Lihat Pakej Sukahati sebelum mengisi borang langganan dibawah.
emelkan ke : sukahatikulah@gmail.com
Klik sini :

Pergolakan di mesir

kisah Pergolakan Di Tanah Arab


Utusan Malaysia - 28/1/2011

Mubarak perlu cepat buat keputusan

TUNJUK perasaan besar-besaran yang bermula di Mesir kelmarin digelar 'Hari Kemarahan' bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahannya yang sudah mencecah 30 tahun. Ia dikatakan didorong oleh kebangkitan rakyat di Tunisia beberapa hari lalu.


Tanpa menghiraukan 20,000 hingga 30,000 anggota polis yang mengawal tengah Kaherah, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak ke Medan Tahrir dekat Parlimen dan bangunan pejabat kerajaan. Mereka melaungkan slogan 'Rakyat mahu rejim yang ada disingkirkan', 'Jatuhkan Mubarak' dan 'Berambus Mubarak.'read more....


Tunjuk perasaan terbaru itu disifatkan yang terbesar pernah diadakan sejak bantahan umum membabitkan subsidi roti, mengejutkan negara paling padat penduduk di Semenanjung Arab itu pada tahun 1977.

Semalam, polis anti-rusuhan Mesir bertempur dengan beribu-ribu penunjuk perasaan menggunakan peluru getah, gas pemedih mata dan cota. Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh sejak demonstrasi bermula kelmarin. Selain itu, kira-kira 700 orang sudah ditahan di seluruh negara berhubung insiden tersebut, sementara polis yang cedera dianggarkan kira-kira 85 orang.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir tinggal di bawah atau pada garis kemiskinan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 Amerika Syarikat (AS) atau RM6.10 sehari. Kemiskinan, pengangguran dan kenaikan harga makanan yang semakin meruncing mengancam rejim Mubarak. Pada masa yang sama, ketegangan di antara penduduk Islam dan Kristian memburukkan lagi keadaan.

Mubarak, 82, yang sudah uzur masih belum memberikan sebarang kepastian sama ada beliau akan mempertahankan jawatan untuk satu penggal lagi iaitu enam tahun atau sebaliknya. Mubarak memerintah negara berkenaan sejak Presiden Anwar Sadat dibunuh oleh militan Islam pada 1981.

Sejak itu, Mubarak tidak melantik seorang timbalan membuatkan ramai menganggap beliau sedang melatih anaknya Gamal Mubarak untuk menggantikannya.

Anak Hosni yang dianggap bakal penggantinya itu bagaimanapun dilaporkan melarikan diri bersama anak dan isterinya ke London dari sebuah lapangan terbang di barat Kaherah sejurus selepas tercetusnya tunjuk perasaan.


Satu demonstrasi yang lebih besar dirancang selepas solat Jumaat hari ini dan lebih banyak bantahan lain dijangka berlaku. Kerajaan Mesir mengeluarkan amaran bahawa mereka yang menyertai bantahan akan dihukum. Aktivis menggunakan media sosial dan laman web untuk menyeru orang ramai menyertai protes pada hari ini.


Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei yang juga pejuang kempen reformasi politik dan menetap di Vienna dijangka pulang ke negara tersebut pada bila-bila masa.

''Masyarakat Mesir sudah berjaya memecahkan tembok ketakutan mereka. Sekali ia pecah, tidak ada yang mampu menghalangnya," kata ElBaradei yang memenangi Hadiah Nobel 2005.

Israel lebih berminat untuk melihat Mubarak kekal. Sekutu Mubarak bekas duta Israel ke Mesir, Gideon Ben-Ami berkata, dia berharap kerajaan Mesir akan berjaya melumpuhkan bantahan. Ben-Ami meramalkan situasi di Mesir tidak akan sama dengan Tunisia di mana diktator digulingkan dan menghilangkan diri.

''Perkhidmatan keselamatan dan risikan Mesir pasti tahu bagaimana mengurus semua hal apabila menghadapi ancaman ini. Mereka sudah mula bertindak...," katanya.


Di Tunisia, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan dari sebuah kawasan luar bandar di tengah negara ini tiba di ibu negara bagi mendesak kerajaan sementara Tunisia meletak jawatan pada Ahad lalu.

Kumpulan penunjuk perasaan yang datang dari sebuah wilayah pertanian miskin, kawasan bermulanya pemberontakan menentang pemerintahan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali sehingga membawa kepada pengulingannya pada bulan lalu kini mendesak kerajaan sementara turut meletak jawatan.

Insiden ini dikatakan menjadi pemangkin kepada tunjuk perasaan yang berlaku di Kaherah. Demonstrasi terbesar yang dirancang selepas solat Jumaat pastinya akan menjadi perhatian masyarakat antarabangsa. Kejayaan atau kegagalan demonstrasi berkenaan sedikit sebanyak akan menjadi faktor penentu sama ada Mubarak akan kekal atau sebaliknya. Kehadiran ELBaradei pula dijangka akan menghangatkan lagi semangat para penunjuk perasaan untuk terus mencabar kerajaan Mubarak. 





No comments:

Post a Comment