CARA MELANGGAN PERKHIDMATAN SP

Sila emelkan butiran majlis untuk tempahan, pihak SP akan menghubungi anda untuk persetujuan. Terima kasih. Lihat Pakej Sukahati sebelum mengisi borang langganan dibawah.
emelkan ke : sukahatikulah@gmail.com
Klik sini :

Album Perkahwinan

Album Perkahwinan

Salam,nak kongsikan info mengenai album perkahwinan,apa dia custom album,size die macam mane?rupe bentuk die macam mane?page die kire cam ner..apa tuh custom sticky album, acrylic custom album tuh ape pulak?
InsyaAllah lepas dah bace posting nie baru taw ape tuh custom album dan album-album perkahwinan yang lain tuh.Ok  kat sini saya nak bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
 
  • Custom Album
  • Photobook Album
  • Custom Sticky Album
  • Normal Sticky Album

CUSTOM ALBUM
Mula mula skali kita start dengan Custom Album.Custom Album nie ade dua,yang pertama gamba tuh didesign layoutnye atas saiz 8″x12″ bersamaan 8R dan diprint lalu ditampal diatas board keras yg telah melekat pada album tuh sendiri,nie style lama-lama tapi masih ade orang yg gunakan,walaupun old school tapi style.
Yang kedua pulak kita design layoutnye kat komputer ikut size yang ditempah contohnye 8″x12″ lepas tuh kita pilih kulit album tuh sendiri nak PVC Leather ke or nak Custom. Kalo yang PCV Leather cover die timbul teksturenya dan kosong takde ade ape-ape cuma ada teksture bunga-bunga or kulit pokok je. Jenis nie bila print die terus print atas board yang keras tuh kita boleh pilih nak paper ape,slalunye saya gunakan matted paper jadi kelebihan kat sini tak tertanggal la berbanding yg old school tuh.Kami gunakan yang nie untuk client-client kami.

Contoh kat bawah nie size 10″x24″ dengan acrylic cover ala-ala kaca gitu,berat tapi nampak esklusif.











 
Contoh kat bawah nie pulak size 8″x24″ dengan PVC Leather Cover,lawa jugak yg nie jatuh pon tak pecah. 
 
 
Nie pulak contoh design Custom Cover untuk Custom Album.
Contoh layout dalaman Custom Album.




Pengiraan pages dan size  dalam custom album boleh tgk contoh kat bawah nie. Untuk size rasanya boleh paham dengan merujuk gambar kat bawah nie,tapi nie nak cerita pasal pengiraan muka surat dalam Custom album nie. Contohnya A + B dikira 1 (satu) page dan A atau B sahaja dikira 1(satu) mukasurat.
Selalunya standart custom album ada 20 mukasurat bersamaan dengan 10 page.




PHOTBOOK ALBUM
Photobook album nie pulak ala-ala majalah yang ade kat kedai tuh,material die sama cam kat kedai tuh,kertas die nipis. Yang nie pon boleh pilih sama ada nak yang custom page depan or nak yang hardcover je, Album jenis nie slalunye lebih murah berbanding Custom Album kat atas tuh,hasilnye pon menarik.
Contoh Photobook dengan hard cover.



CUSTOM STICKY ALBUM

Custom Sticky Album pulak sama dengan sticky album yang biasa nie kat mane yg nampak custom tuh? Yang custom tuh sebenarnye cover depan die di design dan diprint kemudianye dibalut.Bagi nampak menarik sikit berbanding Sticky Album biasa tuh. Biasanya photographer akan memberikan jenis yg hitam didalamnye dan print pulak 4R tuh ade border baru nampak pro dan contra nya kat situ.
Susunan letak gambar dalam sticky album nie mengikut kreativiti masing-masing la kan. Album jenis nie lebih murah berbanding dengan album-album kat atas tuh.
Nie contoh Custom Sticky Album

STICKY ALBUM
Sticky Album nie paling biasa skali,slalunye depan die hitam or warna warna lain, jenis nie ade jugak yang ade window soo boleh letak gamba kat depan tuh ,album nie pon slalu dalamnye berwarna hitam.Sama cam Custom Sticky Album tapi depan die kosong/plain je.
Nie Contohnye..

Soo lepas nie boleh la decide mane mane album yang nak, biarlah mengikut budget anda semua, tapi kenangan tuh penting, sekali sekala wat yang gempak ape salahnya kan? tepuk dada tanye selara.



sumber info ihsan dari Chenta-photo

Menilai Erti Sebenar Kemerdekaan Negara

 
Erti kemerdekaan oleh A Samad Said

Syaharudin Shah Hj. Md. Noor
Sinonim dengan bulan kemerdekaan, Ogos dijadikan sebagai isu untuk dikaitkan dengan pelbagai sensitiviti yang melibatkan patriotisma seseorang. Kebiasaaan juga Ogos adalah bulan bagi ahli-ahli politik mencanang serta melaungkan rasa kecintaan terhadap negara serta tidak lupa manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi menyatakannya.
Persoalannya, apakah mereka memahami nilai sebenar erti kemerdekaan seperti mana yang mereka sering ungkapan ketika tiba bulan kemerdekaan negara?
Mungkin ramai orang diluar sana tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka yang ringkas difahami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari cengkaman penjajah.
Di dalam konteks ini, kita sedari bahawa negara Malaysia sememangnya bebas dari penjajah tetapi kita lupa bahawa sedikit demi sedikit minda kita ditarah serta dihakis dari menjiwainya.
Keaslian dan ketulenan kemerdekaan serta pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin juga perwira negara dahulu dicemarkan oleh minda yang lupa asal-usulnya.
Minda yang dikatakan merdeka adalah minda yang bersih dari segala jajahan penyaluran informasi baik dari segi ikutan, budaya dan sosialnya. Sebaliknya apa yang berlaku di negara kita banyak menjurus ke arah ‘trend’ negara lain yang sememangnya lari dari konsep yang diamalkan di negara kita sebelum ini.
Sebagai contoh, generasi muda sekarang ini, lebih cenderung ke arah keseronokan semata-mata serta tidak menampakkan semangat patriotik yang sepatutnya ada pada setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.
Mereka lebih berminat terhadap program hiburan semata-mata yang rata-rata menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan terlalu mengasyikkan sehingga lupa bahawa ada sesetengah program itu melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya kita.
Di sini apa yang dapat dilihat, generasi muda kita leka disaluti dengan nikmat yang diperjuangkan oleh generasi yang terdahulu. Mereka ini juga lupa bagaimana negara kita dapat menikmati kemerdekaan pada hari ini.
Secara sedar atau tidak, kita dapat melihat dengan cara serta tahap pemikiran ada pada generasi sekarang ini. Memang tidak dapat dinafikan negara kita semakin maju dan kehadapan, syabas diucapkan, tetapi nilai murni serta keluhuran budi bahasa juga perlu selaras bersama kemajuan bagi menjana keutuhan moral kepada generasi muda sekarang yang perlu disemai kepada generasi sekarang.
Apa yang perlu ditekan serta diingati di sini adalah kita juga mempunyai sejarah yang perlu diingati dan dipelajari dari masa ke semasa supaya kita tidak dijajah semula.
Generasi sekarang perlu pandai menjana minda untuk menghadapi cabaran yang ada pada masa ini kerana pelbagai bentuk informasi dan cara sambutan kemerdekaan yang penulis rasa bertentangan dengan budaya kita sedang berlaku.
Apa yang lebih ditakuti adalah penjajahan minda yang kronik sedang menular di negara yang suatu masa dahulu juga adalah sebahagian daripada negara kita.
Jangan sampai kita terkena tempias negara jiran yang meraikan hari kemerdekaan dengan cara yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kemerdekaan serta bagi penulis tidak bertamadun. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan tahun lepas yang dilakukan oleh negara yang dikenali Temasik suatu masa dahulu.
Dalam usaha mengejar serta ingin menarik perhatian dunia mereka sanggup menggadai maruah dengan menganjurkan festival homoseksual yang amat bertentangan dengan budaya dan sosial alam.
Dari sebuah negara maju yang juga terkenal dengan amalan ‘Kiasu’, kini berubah menjadi bandar yang rakus dan dipenuhi hedonis. Persoalannya, adakah ini yang dikatakan minda yang merdeka?.
Penulis percaya jika gejala seperti ini sudah bertapak dan mula diterima pakai oleh manusia, maka tidak hairanlah Malaysia akan menjadi salah satu destinasinya.
Walaupun perkara ini sudah berlalu setahun yang lalu tetapi perlu diingatkan dan ditegaskan bahawa tidak mustahil perkara sedemikian akan berulang semula.
Di dalam bulan kemerdekaan ini marilah kita bersama-sama bersatu dalam pelbagai bentuk tidak kira dari segi mental dan fizikal.
Percayalah kemajuan datangnya dari rakyat yang bersatu dan perpecahan pendorong kemunduran dan kemerosotan sesuatu negara. Bak kata pepatah “Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh”.
Oleh itu, kita semua perlu memperkemaskan diri serta minda dalam menghadapi cabaran global yang tidak bersempadan serta memperkukuhkan tonggak jati diri supaya erti kemerdekaan sebenar dapat dihayati justeru maruah negara Malaysia dapat dipelihara.
Penulis Adalah IT & Programme Coordinator, Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) Kepala Batas, Pulau Pinang






 Erti Kemerdekaan ~ Dr Mahathir
Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
53 tahun kita berdiri menebus maruah
merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan?

Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di matahari terbenam
tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?
Rimba tanpa sempadan
atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
‘kasih alam
ketelusan hukum
keadilan timbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak’
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
‘runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolisi’
dan di belakang mereka tidak melihat bayang-bayang belenggu halimunan yang lebih ganas daripada segala yang ganas kita pun akan kehilangan harga dan erti diri mengapa diundang mereka dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan membuka belantara dan mempertahankan warisan kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran dan kita pertahankannya dengan fikiran mengharapkan kita mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini perlindungan dan erti hidup mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat dengan tangan masih terbelenggu ke belakang dan hanya sesekali menjulangnya mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan ‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’ sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?
Nasib kita genggam dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang maruah bangsa kita julang ke mercu alam kita bangunkan suatu tamadun cinta damai di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan dan bukan alat peperangan dunia belajar erti merdeka sejati mempelajari danmenerima segala perbezaan merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa
Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan

Perjuangan ini mesti diteruskan.

nukilan TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang saya sayangi
 (sekadar berkongsi ilimu pengetahuan)

Koleksi terbaru 2010 SMS ucapan selamat ramadhan

Koleksi terbaru 2010 SMS ucapan selamat ramadhan, aidil fitri, lebaran, ramadhan 1431 H yang lucu dan romantis

Dibawah ini pantun sms ucapan ramadhan 2010 1431 H

Di sini bingung
Di sana bingung
Bila hidup tanpa pedoman
Bulan Ramadhan kita jadikan
tempat diri perteguh iman
tak lupa salahku mohon dimaafkan

Dari dulu ingin minta maaf padamu
Tapi diriku terlalu malu
Hari ini keberanikan diri memintamu
menjelang puasa kau berikan maafmu

Antara surga dan neraka
Antara pahala dan dosa
Antara bahagia dan gelisah
Pilih yang pertama agar bahagia
Tak lupa puasa kala Ramadhan tiba
Maafkan segala dosaku sebelum puasa

Kalau maaf itu hujan
Aku adalah padi yang kekeringan
Kalau maafmu boleh kuminta
Curahkan padaku di bulan puasa

Takut dihina telah mencegahku
Memohon maaf atas kesalahanku
Bulan puasa yang penuh rahmat
mendorongku padamu meminta maaf

Andai masih takut kehujanan
Juga takut panasnya siang
Mengapa tidak takut balasan
bila puasa sengaja diabaikan

Siang diisi kebaikan
Malam belajar Alquran
Ramadhan jadi penerang
Hati yang mulai remang-remang

Biopori baiknya diisi
daun-daun dan sisa makanan
agar penghuninya rajin buat terowongan
cepat menyerap air di kala hujan
Ramadhan baiknya diisi
dengan berbuat kebajikan
agar hati kita semakin terang
semakin dekat pada Tuhan

Jus sawo lezat tiada kira
apalagi diminum di hari panas
Ramadhan mari kita berpuasa
karena api neraka dijamin panas

Masuk universitas harus berkorban
rela belajar tinggalkan dolan
Ingin surga harus berkorban
lapar dahaga di siang Ramadhan

Dara kucir terbang tinggi
Dara balap terbang kencang
Ramadhan datang sebentar lagi
Segala salahku mohon dimaafkan

Terwelu itu kelinci
Marmot itu suka berlari
Ramadhan saat instropeksi diri
Sgala ksalahanku mohon diampuni

Kalau merasa pintar sendiri
tak mau dengar nasehat kanan kiri
Ramadhan saatnya menilai diri
Jangan merasa diri teramat tinggi

Parkir motor merasa was-was
Tak ada penjaga takut kecurian
Tidak puasa merasa was-was
masuk neraka didera siksaan

Makan yoghurt cisangkuy
Datang kesana setiap minggu
Andaikan aku pernah menyakiti
Bulan puasa kumohon kerelaanmu

Kalau hidup tanpa tujuan,
kalau nafsu jadi pedoman,
umur habis dalam pencarian,
kebahagiaan menjauh dari pandangan.
Puasa saatnya benahi tujuan,
untuk mengabdi pada Tuhan,
agar diri diliputi kebahagiaan,
hidup bermakna bagi sesama ciptaan

Cobaan perlu Ketabahan
Keputusan perlu Keberanian
Puasa melatih Kesabaran
Segala salahku mohon dimaafkan

Koleksi Fun Photo

Mari kita saja-saja edit gambar sendiri secara online dengan KLIK SINI
 Di sini terdapat beberapa contoh gambar yang telah diedit.















Sampul duit raya [SP Limited Edition]

Sempena menyambut ketibaan syawal yang hampir tiba, pihak SP telah merekabentuk beberapa sampul duit raya (custom) untuk diguna pakai. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua. Ia juga sebagai koleksi suka-suka, tiada kena mengena dengan sesiapa. Gambar dibawah adalah sebagai contoh sahaja.

















Selamat Pengantin Baru Rizad[kulaijaya]

Video Suka-suka dari SUKAHATI

Sukahati Crew Karaoke

Majlis Perkahwinan Rizad [Kulaijaya]

Sweet Child o' mine - by fadzli

Salam Ramadan 2010

Sukahati mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dengan sabar. Terimalah sedikit ucapan kreatif ramadan :

Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah
Selamat menunaikan fardhu Ramadhan

Sentiasalah setting niat, upgrade iman
Download sabar, upload usaha
Delete dosa, update doa dan top-up ilmu
supaya dapatlah redeem pahala banyak-banyak


Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh,
jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung,
jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN.
ku pohon kemaafan agar ramadhan ini penuh keikhlasan dan keinsafan.


Mari kita Renew lesen mulut, Serviskan hati,
Kawal kadar pencemaran mata dan telinga,
Peliharalah enjin perut, Tax minda dan
cukai kesabaran...
kita mungkin salah seorang pemenang anugerah MALAM LAILATUL QADAR...
ayuh perbanyakkan ibadah dan beramal jariah...
tuah kita siapa yang tahu...amin

Farid&Awin[Video Hihglight]

Sedikit video highlight untuk majlis perkahwinan Awin+Farid di pontian. Kami semua mengucap selamat pengatin baru semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Sebarang komen boleh terus ke Facebook Sukahati [PIC]
Sukahati [PAGE]