CARA MELANGGAN PERKHIDMATAN SP

Sila emelkan butiran majlis untuk tempahan, pihak SP akan menghubungi anda untuk persetujuan. Terima kasih. Lihat Pakej Sukahati sebelum mengisi borang langganan dibawah.
emelkan ke : sukahatikulah@gmail.com
Klik sini :

Persandingan Anis&Zul 27.11.10

 Majlis persandingan Anis&Zul pada 27.11.10. Selamat pengantin baru semoga berbahgia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.


Resepsi Hair&Min [21.11.10]

Majlis menyambut tetamu di rumah pasangan lelaki. Hair dan Min bertempat di pontian johor. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia selalu. Thank sudi ambil SP sebagai official photo G. Korang mmg sempoi...


Video Persandingan HAIR&MIN

Assalamualaikum,
Video suka-suka majlis menyambut menantu(bertandang)diantara saudara HAIR dan pasangannya MIN dari Sukahati Photography. Lokasi pergambaran adalah di Pontian johor bertarikh 21 Nov 2010. Video ini hanya untuk hiburan sahaja. Maaf kepada sesape yang tak suke.

Ucapan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai, semoga berbahagia selalu, dimurahkan rezeki dan cepat dapat timang cahaya mata. Amin~

Pihak Sukahati juga ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa kami menjalankan tugas yang telah diarahkan oleh pihak saudara.

Cukur Jambul dan kesyukuran

Pada 10.10.10 yang lalu, pihak sukahati telah membuat percubaan pertama untuk menghasilkan video pendek berkaitan majlis cukur jambul dan akiqah. Lokasi nya bertempat di pontian johor. Ucapan buat family shahrul, semoga berbahagia disamping org tersayang, cepat2 tambah baby.Amin~

Ucapan Salam aidiladha dari SP

Ucapan aidiladha 2010 kami tujukan buat semua muslimin dan muslimat samaada masih hidup atau pon telah meninggal dunia. Kami memohan seribu kemaafan daripada semua pengunjung blog sukahati dan semua orang, mana tahu sepanjang kami menyediakan perkhidmatan fotografi dan videografi di bawah naungan SUKAHATI, kami telah melakukan kesilapan, ketidakpuashatian pelanggan, terkasar bahasa dan tutor kata, kami mohon maaflah ye..yang baik semuanya dari ALLAH dan buruk datangnya dari diri kami sendiri. Di kesempatan ini juga kami ingin merperingatkan kepada semua supaya berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang dan anda mampu mengubahnya dan selamat bercuti.

Pernikahan Anis&Zul 10.11.10

Pernikahan anis & zul pada tarikh keramat 10.11.10 telah menamatkan zaman bujang meraka. Selamat berhijrah ke alam perkahwinan, semoga apa yang diinginkan tercapai... jberjumpa lagi dengan Sukahati pada majlis persandingan mereka nanti...nanti kejutan buat semua...










Outdoor 6 Nov

OUTDOOR with Ujang & Ikwan Hadee 
                                                     6 Nov 2010.
Special thank kepada tenaga pengajar dan model-model yang berbakat besar dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga pada kawan2 yang turut serta dalam outdoor ini, sama-samalah kita timba pengalaman dan ilmu baru dalam dunia photography ni. Semakin hari, semakin bertambah kenalan kita dalam bidang yang kita ceburi, tidak kira lapisan usia dan keturunan. Yang penting, kita punya minat yamg sama, tidak kesahlah orang nak cakap apa. Thank kawan2...see you next time.

Majlis Kesyukuran Helmi&Wardah [6-11-10]

Pada hari sabtu, 6 November 2010 bersamaan 29 Zulqaedah 1431H bertempat di teratak yang beralamat di Kg. Melayu Kangkar Pulai, pihak kami telah diberi kepercayaan untuk menjadi jurugambar rasmi pada majlis kesyukuran  Helmi dan pasangannya Wardah. Kami semua dari pihak Sukahati mengucapkan selamat pengantin baru, dengan ucapan semoga berbahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.